TENSION???? SUSAH HATI???? SAKIT HATI????
Memikirkan MASALAH ANAK Anda?...


Malas Belajar dan Tidak Berminat?

Tidak Lulus Periksa atau Keputusan Tidak Memuaskan?

Tak Faham Apa Cikgu Ajar?

Ambil Tuisyen di Pusat Tuisyen Tapi Masih Tiada Sebarang Peningkatan?

Mencari Cikgu Tuisyen Yang Sesuai dan Berbaloi Dengan Bayaran Yang Dibuat?


Anda bingung dengan masalah-masalah diatas? Masalah ini menghantui hidup anda sehingga memeningkan kepala... "Apa nak jadi dengan anak aku ni?”.

Masalah ini memberatkan kepala anda sedangkan ada banyak masalah lain lagi yang perlu difikirkan dalam hidup anda sehari-harian.

Anda murung?? Mahu mengamuk????
Asyik marah-marah??? Tak ada mood??? Hanya kerana masalah ini???

HENTIKAN SEMUA ITU... SEKARANG!!!!!!

 


 

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia..

 

LATAR BELAKANG SAYA!

Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Rosyatimah Abu Bakar dan lebih dikenali sebagai Cikgu Ros, bekerja sebagai Full Time Tutor. Saya berpengalaman luas dalam bidang pembelajaran dan pengajaran.

Setelah tamat pengajian di Universiti Utara Malaysia pada tahun 1997 dan berjaya menggenggam segulung ijazah (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian) saya bekerja sebagai Accounts Executive disalah sebuah syarikat perkilangan selama setahun dan kemudian saya bekerja sebagai Payroll Officer di sebuah pasaraya terbesar di Asia selama setahun, namun jiwa saya lebih berminat kepada bidang perguruan...

Akhirnya saya bekerja sebagai Pensyarah bagi kolej bersekutu UiTM iaitu disebuah pusat pengajian tinggi swasta yang terkenal di Pantai Timur. Saya bekerja disana selama 6 tahun dan terpaksa menamatkan karier saya sebagai pensyarah kerana mengikut insan tercinta berhijrah ke tempat lain.

Apabila menamatkan perkhidmatan sebagai pensyarah, saya merasakan adalah satu kerugian yang besar jika saya tidak memanfaatkan ilmu yang saya ada . Maka disinilah titik tolak bermulanya kerjaya saya sebagai FULL TIME TUTOR. Saya lebih selesa bekerja sendiri kerana ingin memperuntukkan lebih banyak masa bersama anak-anak yang semakin bertambah dan membesar. Saya mempunyai 4 orang hero! Bertuahkan saya..he..he....

Saya juga mengajar dibeberapa buah pusat tuisyen sekitar Puchong semenjak tahun 2008 sehinggalah hari ini, antaranya Pusat Tuisyen Tunas Intelek di Puchong Utama dan Pusat Tuisyen Gemilang di Taman Putra Perdana, Puchong.

SUBJEK YANG DIAJAR

Oklah..anda telah mengetahui latar belakang saya...jadi jangan ragu-ragu lagi untuk menghubungi saya, Cikgu Ros (013-9552215) bagi membantu anda mengatasi masalah anda/anak anda dalam pelajaran . Saya merupakan Tutor yang
berpengalaman luas dalam bidang ini.

Subjek yang saya tawarkan ialah:

  • Basic Accounting, Financial Accounting 1, Basic Management and Cost Accounting
    (pre-diploma/diploma)(*especially for UiTM programme)

  • Prinsip Perakaunan (Form 4 dan Form 5)

  • Matematik (Tahun 1 hingga Form 3)

Saya hanya menawarkan subjek yang betul-betul saya pakar kerana saya tidak mahu membazirkan masa dan wang ringgit anda. Saya akan pastikan segala pelaburan wang anda kepada saya berbaloi-baloi hasilnya..

 

KADAR BAYARAN

Kadar bayaran adalah seperti berikut:

Subjek Tahap RM/hour/person

Basic Accounting, FA1, Basic MA, Cost Accounting

Pre diploma/diploma

RM70/hour/person
RM65/hour/person (jika 2orang)
RM60/hour/person (jika 3orang)

Prinsip Perakaunan
Form 4 dan Form 5
RM50/hour/person
RM45/hour/person(jika 2 orang)
RM40/hour/person(jika 3 orang)
Mathematics

Form 3



Form 2



Form 1



Tahun 6 & 5


Tahun 4

 

Tahun 3 & 2


Tahun 1

RM35/hour/person
RM30/hour/person(jika 2 orang)
RM30/hour/person(jika 3 orang)

RM30/hour/person
RM25/hour/person(jika 2 orang)
RM25/hour/person(jika 3 orang)

RM30/hour/person
RM25/hour/person(jika 2 orang)
RM25/hour/person(jika 3 orang)

RM25/hour/person
RM20/hour/person(jika 2/3 orang)


RM25/hour/person
RM20/hour/person(jika 2 orang)
RM15/hour/person(jika 3 orang


RM20/hour/person
RM15/hour/person(jika2/3 orang)

RM15/hour/person
(kadar yg sama untuk 2/3 org)


Mengapa 1 hingga 3 orang sahaja??? Pasti anda sedang tertanya-tanya sekarang..

Ya!!Saya mempunyai cara tersendiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Saya hanya mengajar dalam kumpulan yang kecil kerana ingin memberikan tumpuan 100% kepada anda/anak anda yang belajar dengan saya.

Biasanya jika 1 jam saya mengajar, 20 minit yang pertama saya akan menerangkan terlebih dahulu tentang topik yang ingin dipelajari, 40 minit seterusnya pelajar membuat latihan sambil dipantau oleh saya. Bagi saya latihan amat penting untuk membuatkan pelajar faham, “practice makes perfect”. Jika pelajar selalu membuat latihan sendiri, mereka seolah-olah sedang menjawab dalam peperiksaan. Kaedah ini memudahkan mereka apabila menjelangnya hari peperiksaan nanti.

 

MENGAPA MELETAKKAN HARGA SEDEMIKIAN

Mengapa saya meletakkan harga sedemikian??? Ini adalah kerana:

Saya berpengalaman selama lebih kurang 10 tahun dalam dunia pembelajaran dan pengajaran ini terutamanya dalam subjek perakaunan. Saya mempunyai teknik-teknik yang mudah bagi memahami sesuatu topik dalam subjek perakaunan. Ingin mengetahuinya? Silalah berjumpa dengan saya...

Terdapat beberapa kos-kos lain yang TIDAK dicaj kepada anda/anak anda seperti kos buku-buku latihan, kertas ujian dan nota-nota. Satu kelebihan bagi yang belajar tuisyen dengan saya, saya tidak mengenakan sebarang kos pendaftaran berbanding dengan pusat-pusat tuisyen di luar sana. Bayaran hanya dikenakan mengikut jam yang diperuntukkan sahaja.


Saya juga menyediakan borang “laporan prestasi pembelajaran” bagi anda/ anak anda. Setiap apa yang dipelajari pada setiap pertemuan akan direkodkan dalam borang tersebut. Jadi anda boleh memantau prestasi anda/anak anda dalam setiap bab yang dipelajari, sama ada lemah, perlukan lebih latihan atau sebaliknya. Saya sedaya upaya akan memastikan setiap sen yang dibayar oleh anda berbaloi-baloi
dengan apa yang diperolehi daripada saya. Insya’Allah tiada pembaziran yang akan berlaku.

Saya akan sentiasa memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk anda/anak anda berjaya dalam subjek yang dipelajari. Segala persoalan berkenaan dengan pembelajaran akan saya layan sama ada melalui panggilan telefon, sms, email atau di facebook saya.

Alamat email saya, rosya742002@yahoo.com. Untuk difacebook pula..www.facebook.com, search Rosyatimah Abu Bakar. Jika anda/anak anda menghadapi sebarang masalah, jangan ragu-ragu atau segan untuk menghubungi saya kerana saya amat mudah untuk dihubungi...dan jangan risau...saya tidak mengenakan sebarang bayaran berhubung dengan apa-apa persoalan yang dikemukakan melaui telefon, email atau facebook saya. Semuanya FOC.


KEISTIMEWAAN

Mengapa anda mesti belajar dengan saya? Kerana saya mempunyai banyak keistimewaan berbanding cikgu-cikgu lain di luar sana..

Antaranya:


Saya mempunyai 10 tahun pengalaman dalam mengajar subjek perakaunan terutamanya. Saya mempunyai teknik-teknik hebat dan mudah untuk dikongsi bersama anda/anak anda. Pembelajaran akan lebih menyeronokkan jika belajar bersama saya.Anda/anak anda tidak akan sedar masa berlalu jika belajar dibawah bimbingan saya. Ia pastinya satu suasana yang menyeronokkan.

Saya menawarkan masa yang flesksibel untuk pembelajaran. Anda/anak anda pilih sendiri masa yang sesuai dengan diri anda/anak anda.

Saya menawarkan harga yang berpatutan mengikut jam yang diperuntukkan. Saya akan fokus kepada topik yang anda/anak anda lemah tanpa perlu membuang masa mengikut silibus seperti di sekolah atau pusat tuisyen.

Oh..oh..nanti dulu jangan salah faham, maksud saya bukan tidak mengikut silibus, saya masih mengikut silibus tetapi pelajar-pelajar boleh tumpukan terhadap mana-mana topik yang mereka kehendaki untuk memperbaiki kelemahan mereka.

Jadi tiada pembaziran masa berlaku disini. Saya juga tidak mengenakan caj ke atas bahan atau buku latihan yang digunakan. Saya menganggap ini sebahagian dari amal jariah yang kecil dari saya hamba Allah yang kerdil ini. Satu lagi jangan lupa saya juga tidak mengenakan sebarang yuran pendaftaran seperti pusat-pusat tuisyen diluar sana.

Sistem pembelajaran yang sistematik. Borang laporan prestasi disediakan untuk memantau prestasi anda/anak anda. Tumpuan yang lebih akan diberikan kepada topik yang lemah. Melalui borang ini anda/ibu bapa boleh memantau apa yang anda/anak anda pelajari disetiap pertemuan dengan saya.

Saya sangat mudah dihubungi, sebarang masalah boleh dirujuk segera dengan menghubungi saya melalui medium-medium dibawah. Tiada sebarang caj dikenakan.

TELEFON/SMS = 013-9552215
FACEBOOK = www.facebook.com/CikguRosTuition

BONUS

Alangkah bertuahnya anda bertemu dengan website ini... Selain dari keistimewaan di atas jika anda/anak anda belajar dengan saya, ada beberapa bonus istimewa yang ingin saya berikan:

Buku latihan percuma

Alatulis percuma

Sesi follow- up percuma

 

TESTIMONIAL

Dibawah ini saya lampirkan beberapa coretan daripada bekas pelajar saya. Anda boleh menghubungi mereka jika ragu-ragu. No.telefon mereka ada disertakan.


 

DARI GAGAL KEPADA LULUS!

Saya gagal dalam Peperiksaan Percubaan SPM untuk subjek Prinsip Perakaunan. Masalah ini membuatkan saya sangat susah hati. Bagaimanapun saya berasa amat bertuah kerana dapat berguru dengan Cikgu Ros walaupun dalam masa yang singkat sebelum menjelangnya peperiksaan SPM semasa cuti sekolah. Cikgu Ros telah mengajar saya teknik-teknik menjawab soalan dengan betul dan cara-cara mudah memahami sesuatu topik. Alhamdulillah, syukur kepada Allah saya lulus dengan gred C+ bagi subjek Prinsip Perakaunan apabila keputusan SPM diumumkan.


(Muhammad Hafiz , 014- 7352524)



GURU YANG BERSEMANGAT

Saya mengenali Puan Ros semasa di kolej dahulu.Masa tu saya mengambil subjek Basic Accounting dalam program Pre-Accounts UiTM. Saya amat berpuashati dan seronok belajar dengan Puan Ros kerana Puan Ros adalah seorang guru yang bersemangat ketika mengajar dan sentiasa melayan segala pertanyaan yang diajukan. Saya sentiasa dapat berbincang dengan baik tentang apa-apa yang saya tidak faham. Pendek kata memang best belajar dengan Puan Ros. Kalau nak tahu, saya dapat Gred A untuk subjek tu. Saya juga dapat A- dalam subjek Costing semasa peringkat diploma.Terima kasih Puan Ros.


(Aidi Haron 012-9574225)


SAYA SCORE A+

Alhamdulillah...1st sem Puas Ros yang ajar saya Financial Accounting 1. Saya score..A+. Easy to understand as she always keep it short and simple. Dulu nakal..tak pergi class.. I don't even have my own accounting book. Pakai note saje...That's because I have a good tutor. Thanks!


(Cd Fatimah Abdullah, cdfatima@yahoo.com)


FAHAM & SERONOK BELAJAR PERAKAUNAN

Mula-mula kenal Puan Ros ingat budak-budak jugak..sebab comel jer..pastu tau-tau sekali dah kawin dan ada baby..setakat yang saya sempat menuntut dengan Puan memang BEST!!.. saya faham apa itu akaun yang dulu memang tak boleh masuk kepala..bila teringat dulu..rasa rugi tak sambung degree in accounting. isk isk..dulu-dulu saya memang lemah Matematik...tapi bila saya masuk IKIP College, dapat pensyarah-pensyarah yang penyabar, menjadikan saya lebih berminat dengan nombor..



(Farah Wahida, fw11_83@yahoo.com)


SENTIASA MUDAH DIHUBUNGI

Puan Ros yang saya kenal memang penyabar pada pelajar dia...Puan sanggup layan call dari saya walaupun selepas waktu kerja.... Saya memang tak ada asas dalam accounting tapi alhamdullilah berkat dari tunjuk ajar Puan saya faham dan best belajar akaun dengan Puan...akhirnya saya dapat juga B+ bagi Costing dan Financial Accounting...thanks a lot Puan...You are the best...:)


(Azie Zainal, zie901@yahoo.com)

 

HUBUNGI SAYA SEKARANG!

Apa lagi anda di luar sana, jangan berlengah lagi. Silalah hubungi saya sebelum jadual saya padat atau anda mungkin akan menggigit jari nanti...Kita jumpa nanti....

013-9552215

CIkgu Ros
CIKGU ROS
HP : 013-9552215


 

CikguRosTuition.com
No 12, Jalan PP 7/9, Taman Putra Perdana,
47130 Puchong, Selangor.