Cikgu Tuisyen Pakar Subjek Akaun

Hi, saya Cikgu Ros

Saya bantu anak anda kuasai subjek Perakaunan menerusi kelas tuisyen 1-to-1, secara online ataupun di rumah.

20+
Tahun pengalaman
bidang perakaunan
10+
Tahun mengajar
& membimbing
1-to-1
Online atau
offline (Puchong)
Cikgu Ros, guru tuisyen subjek Perakaunan
A+
Ramai pelajar berjaya tingkatkan gred subjek Akaun mereka
Cikgu Ros sedang mengajar
Latar Belakang

Pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang perakaunan

1997 — UUM

Bergraduasi dengan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Utara Malaysia.

1998 — Account Executive

Bertugas sebagai Accounts Executive di sebuah syarikat swasta di Johor.

2002 — Lecturer

Berpindah ke Pantai Timur dan menjadi Pensyarah di sebuah Kolej Swasta.

2008 — Guru Tuisyen

Berpindah & menetap di Puchong, Selangor dan memulakan perkhidmatan sebagai guru tuisyen.

2009 — Hingga Kini

Lebih selesa mengajar secara personal / home tutor — fokus penuh pada setiap pelajar.

Kelebihan Belajar Dengan Saya

Lebih daripada sekadar tuisyen biasa

Setiap pelajar dibimbing mengikut tahap pemahaman mereka sendiri — dengan teknik, jadual, dan sokongan yang fleksibel.

Teknik Pembelajaran Terbaik

Teknik pengajaran disesuaikan mengikut tahap anak anda, lengkap dengan tips & formula supaya setiap topik jadi mudah difahami dan seronok dipelajari.

Masa & Jadual Fleksibel

Pilih sendiri sesi yang sesuai dengan jadual keluarga. Belajar secara online (Zoom / Google Meet) atau offline di rumah saya di Puchong.

Motivasi & Sokongan Moral

Saya sentiasa beri semangat dan layan setiap persoalan — melalui telefon, WhatsApp, email atau Facebook, supaya anak anda terus yakin.

Tiada Caj Tersembunyi

Tiada yuran pendaftaran. Kos buku latihan, kertas ujian dan nota semua percuma — bayaran hanya mengikut jam yang digunakan.

Subjek & Kadar Bayaran

Telus dan berpatutan

Berikut subjek serta kadar bayaran yang ditawarkan, mengikut peringkat pembelajaran.

Peringkat
Subjek
Kadar
Asasi / DiplomaPeringkat pra-universiti
Basic Accounting
RM80sejam
Tingkatan 4 & 5Persediaan SPM
Prinsip Perakaunan
RM60sejam
Darjah 4, 5 & 6Sekolah rendah
Matematik
RM35sejam
Tiada yuran pendaftaran dan tiada caj tambahan untuk nota, buku latihan atau kertas ujian. Bayaran dikira mengikut jam sahaja.
Testimoni

Apa kata mereka yang pernah belajar

Hasil sebenar daripada pelajar yang dibimbing oleh Cikgu Ros.

Alhamdulillah, semester pertama Puan Ros ajar saya Financial Accounting 1. Mudah difahami sebab Puan selalu buat ringkas dan simple. Dulu saya nakal, tak pergi kelas, langsung tak ada buku akaun sendiri — pakai nota saja. Itu pun sebab saya ada tutor yang bagus!
🎓 Skor A+ — Financial Accounting 1
Siti Fatimah Abdullah
Siti Fatimah Abdullah
Pelajar Financial Accounting
Saya gagal subjek Prinsip Perakaunan dalam peperiksaan percubaan SPM dan sangat susah hati. Bertuah dapat berguru dengan Cikgu Ros walaupun masa singkat sebelum SPM. Cikgu ajar teknik menjawab yang betul dan cara mudah faham setiap topik.
📈 Gagal ➜ Lulus C+ dalam SPM
Muhammad Hafiz
Muhammad Hafiz
Pelajar SPM
Saya kenal Puan Ros semasa di kolej, masa ambil Basic Accounting dalam program Pre-Accounts. Puan seorang guru yang bersemangat dan sentiasa melayan pertanyaan. Memang best belajar dengan Puan Ros.
🏅 Gred A — Basic Accounting · A− Costing
Adi Haron
Adi Haron
Pelajar Pre-Accounts
Puan Ros memang penyabar dengan pelajar. Sanggup layan panggilan saya walaupun selepas waktu kerja. Saya langsung tak ada asas accounting, tapi alhamdulillah berkat tunjuk ajar Puan saya faham dan best belajar akaun. You are the best, Puan!
🌟 B+ — Costing & Financial Accounting
Azie Zainal
Azie Zainal
Pelajar Diploma

…dan banyak lagi testimoni diterima melalui WhatsApp.

Ulasan Google

Disahkan oleh pelajar di Google

Ulasan sebenar daripada pelajar & ibu bapa di Google Maps.

5.0
★★★★★
Purata ulasan di Google
Baca semua di Google
L
lisaariannasaidi
2 ulasan · sebulan lalu
★★★★★

OMG y'all, this is legit talk. Ingat iklan tipu je dari G ke A, tapi benda ni jadi kat I! Failed my midterm Form 5 paper (G). 2–3 bulan sebelum trial SPM belajar dengan dia — trial A− dan SPM A. Dari student yang ONLY lukis kotak APUR PKK, to DOING the APUR PKK. Cikgu ni baik, tak makan orang. Saya selalu lupa format pun dia so BERSABAR. Student yang ada skill issue dengan account boleh belajar dengan Cikgu Ros. #SayangiAccount #SayangiCikguRos

R
Ridzuan Ali
Local Guide · 37 ulasan · sebulan lalu
★★★★★

Assalamualaikum wbt. Terima kasih tertinggi buat Cg Ros kerana banyak membantu, membimbing dan memberi nasihat kepada anak saya, Alia Sarah, bagi menghadapi SPM Prinsip Akaun 2025. Alhamdulillah, Alia Sarah beroleh A solid dan menjadi Student Mentor untuk subjek itu di sekolahnya. Kini dia menyambung pelajaran di Sunway College dalam bidang ACCA (Foundations in Accountancy). Semoga Allah merahmati Cg Ros sekeluarga dan sukses selalu. Aamiin. /ridzuan

N
naufal adli
2 ulasan · 4 bulan lalu
★★★★★

Terima kasih banyak Cikgu Ros sebab banyak bantu saya dalam perjalanan FA untuk FIA ACCA 🥹

R
RJ1975
4 ulasan · 4 bulan lalu
★★★★★

Kalau ada rating 6 bintang pun saya beri. Anak saya gagal subjek Akaun di Tingkatan 4, tapi naik ke Tingkatan 5 selepas belajar dengan Cg Ros — sanggup berulang 2 jam dari Gombak ke Puchong. Alhamdulillah, anak saya dapat A+ dan kini meneruskan kursus perakaunan. Terima kasih Cg Ros kerana membina asas yang kukuh. Sangat disyorkan!

Lokasi & Hubungi

Jumpa saya di Puchong

Untuk kelas offline, sesi dijalankan di rumah saya. Untuk kelas online, di mana sahaja anda berada.

  • AlamatNo 12, Jalan PP 7/9, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor.
  • Telefon / WhatsApp6013-9552215
Hubungi Saya Sekarang

Berminat untuk saya bantu anak anda?

Hubungi saya segera sebelum jadual mengajar saya padat dan penuh. Boleh belajar secara offline di Puchong, atau online menerusi Zoom / Google Meet.

Klik Untuk WhatsApp